Monday, November 29, 2010

Pertandingan Multimedia:Kreativiti Dan Inovasi

Salam Satu Malaysia

Hari ini kita akan berkongsi tentang konsep yang di bawa oleh team kks yang akan membawa nama Sabah di bawah bayu untuk berentap dengan negeri-negeri yang lain di melaka.

Kumpulan kami memilih tema "Air" untuk pendidikan kesihatan seterusnya dalam mewar-warkan projek inovasi yang kami laksanakan.


Pendekatan ringkas yang di lakukan oleh kumpulan kami boleh membantu dalam menyelesaikan masalah air kotor yang sering di alami oleh penduduk yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan air yang bersih.

"Bio-Sand Filter"


Benarkah sistem ini berjaya.?mari kita lihat bersama-sama hasil penurasan yang dilakukan oleh bio-sand filter


sebelum penurasan


Semasa..
dan hasilnya...

Berjaya!Kos pembikinan bio sand filter ini hanya memerlukan sekurang-kurangnya Rm6 sahaja bergantung kepada saiz bekas yang digunakan.

pada masa akan datang,kami akan menunjukkan cara-cara pembikinan biosand filter serta bagaimana ia berfungsi.

Sekian,Terima Kasih


Sunday, November 28, 2010

Pendidikan Kesihatan Komuniti :Air

Salam Satu Malaysia

Pada masa kini,semua lapisan masyarakat tidak mengira umur dan taraf pendidikan mengetahui apa itu "Air". Tapi Tahukah kita bagaimana dan di mana untuk mendapatkan bekalan air bersih?

mari kita baca sama-sama..

AIR
•Sumber
    - air mata air,embun,hujan,sungai,laut,tasik dll
•Ciri
    - tiada warna (jernih)
    - tiada bau
    - tiada rasa
    - bernutrien  : kaya dgn galian & unsur surih

•pH :  7.35  sedikit beralkali  (serasi dgn keseimbangan pH bendalir badan)
               *penting utk bekalkn oksigen,licinkn proses metabolisma, singkirkn sisa toksik   
                 berasid & cegah penyakit

•Kepentingan : keperluan & fungsi tubuh badan, bantu singkir sisa kumuhan dr badan, tujuan kebersihan luaran diri,domestik ( cuci pakaian,peralatan,memasak,), pertanian,penternakan dll